KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis wanita menjadi heroin apabila menyambut kelahiran seorang bayi perempuan di perkarangan Balai Polis Kampung Tawas hari ini
Anggota polis tersebut, Konstabel Hasliza Abdul Jalil, 25, menyambut kelahiran bayi berkenaan kira-kira jam 1.15 tengah hari tadi.
Menurut laporan, pada mulanya bapa kepada bayi berkenaan mahu membawa isterinya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun dari rumah mereka di Klebang Putra. Walau bagaimanapun, mereka tidak sempat sampai dan terpaksa singgah di balai polis dan meminta anggota polis menyambut kelahiran puteri mereka.
Ibu dan bayi perempuan terbabit dilaporkan selamat dan kini dirawat di hospital.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong mengesahkan kejadian dan memuji anggota polis terbabit yang bersedia membantu orang awam dalam apa keadaan
0 Response to "SALUTE !! Jadi Bidan Terjun Angota Polis Wanita Sambut Bayi Perempuan Dibalai Polis"
Post a Comment