PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Hajat Ibu Untuk Buat Kejutan Hadiahkan Jam Tangan Untuk Anaknya Tidak Kesampaian



Pasir Puteh: Besar sungguh dugaan dan kesedihan terpaksa ditanggung ibu serta bapa kepada Mohd Nor Akram Zime, 16, yang maut selepas ditendang pelajar senior di Kolej Vokasional Bachok, semalam kerana mereka sepatutnya membuat kejutan sempena hari lahir arwah dengan memberikan hadiah jam tangan.

Bagaimanapun, Wan Zaleha Wan Mohamad, 46, dan suaminya, Zime Yaakob, 49, buat selama-lamanya tidak dapat menyerahkan jam tangan itu kerana anak mereka menjadi mangsa kekejaman manusia sehingga meninggal dunia.

"Saya mahu membuat kejutan kepada arwah anak apabila bercadang menghantar hadiah jam tangan sempena hari lahirnya yang ke 16 kelmarin, namun ia tidak kesampaian apabila kami menerima berita kematiannya," kata Wan Zaleha yang ada kalanya menangis ketika ditemubual wartawan Harian Metro, di rumahnya, di Kampung Gelam, di sini, hari ini.

Harian Metro melaporkan, dalam kejadian 12 tengah malam semalam, arwah yang sedang tidur di dalam bilik asrama bersama empat rakan lain dikejutkan suspek yang berusia 17 tahun sebelum dipukul dan ditendang dua kali di bahagian leher kanan hingga menyebabkan kematian.

Wan Zaleha yang masih bersedih dengan kematian anak keempat daripada tujuh beradik itu berkata, sebelum kejadian pada jam 10 malam, anak kesayangannya juga ada menghubungi dan meminta hadiah sempena hari lahirnya itu.

Bagi Zime, dia berharap individu yang menyebabkan kematian anaknya menerima hukuman setimpal.

0 Response to "Hajat Ibu Untuk Buat Kejutan Hadiahkan Jam Tangan Untuk Anaknya Tidak Kesampaian"

Post a Comment