*KAPIT 29 Okt. – Menjadi rutin seorang wanita berusia 38 tahun untuk mengambil empat anaknya pulang dari sekolah setiap hari,
#Namun pengalaman semalam sudah pasti tidak dapat dilupakannya setelah kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan lalu menggelongsor secara mengundur ketika menaiki sebuah bukit.
*Lebih malang kereta Proton Saga FLX itu menggilis pula seorang murid berusia sembilan tahun yang sedang berjalan pulang bersama kakaknya berusia 11 tahun.
#Kemalangan ngeri itu berlaku kira-kira pukul 1 petang ketika wanita tersebut dalam perjalanan pulang selepas mengambil anak-anaknya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kapit, Bukit Goram di sini.
*Ketika menaiki sebuah bukit yang licin akibat hujan sebelum itu, kereta tersebut gagal dikawal lalu merempuh dua beradik sebelum separuh kenderaan itu nyaris terjunam di sebuah gaung dan hanya tergantung separuh badan.
#Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Chua Su Wan berkata, mangsa yang terbunuh ialah Susanna Athey yang digilis dan tersepit di bawah kereta itu manakala kakaknya pula, Cecelia tercampak dan hanya cedera ringan.
“Pemandu kereta bersama anak-anaknya berjaya keluar dengan selamat dari kenderaan tetapi sepasukan anggota bomba dan penyelamat terpaksa dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Susanna yang tersepit.
“Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Kapit bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia sejurus tiba,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
*Su Wan berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan pemandu kereta berkenaan dan wanita tersebut dibebaskan dengan jaminan. -UTUSAN, gambar Balai Bomba Dan Penyelamat Kapit
0 Response to "SEDIH ~ Budak Sekolah Maut Terperosok Bawah Kereta"
Post a Comment