Lana Nodin Terima Tajaan Majlis Perkahwinan Bernilai RM2 Juta !! WOW !!
Majlis perkahwinan Lana Nodin yang bakal berlangsung pada 15 Mei ini dilaporkan bernilai RM2 juta dan keseluruhan kos itu ditanggung sepenuhnya oleh penaja.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Lana Nodin yang juga terkejut dengan rezeki yang diterimanya itu.
"Walaupun perancangan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dalam tempoh hanya sebulan, saya bersyukur dan lega apabila banyak pihak menawarkan penajaan," katanya.
Lana Nodin juga mengumumkan lokasi majlis perkahwinannya ditukar dari Hotel Istana ke Hotel Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan kerana lokasi awal sudah ditempah oleh pihak lain pada tarikh tersebut.
Majlis pernikahan Lana Nodin dan David McKienzie akan berlansung pada jam 9.30 pagi dan majlis persandingan pada jam 8 malam. Lana Nodin juga turut mengadakan majlis malam berinai bertemakan Puteri Gunung Ledang, sehari sebelum majlis pernikahan.
Setelah majlis perkahwinan mereka selesai, pasangan ini dikhabarkan akan terbang ke Manila untuk kem bola tampar yang disertai oleh David sebelum ke Amerika Syarikat untuk berbulan madu.
0 Response to "Lana Nodin Terima Tajaan Majlis Perkahwinan Bernilai RM2 Juta !! WOW !!"
Post a Comment