Kisah Benar !! ''Di Dalam Lif Itu, Terasa Ada 'Seseorang' Merapati Dan Menghidu Badan Saya''
#Saya pernah melalui pengalaman ngeri ketika berusia 12 tahun.
#Saya berpindah ke Miri dari Kuching. Ayah saya bercadang untuk berhenti di Bintulu untuk berehat kerana penat memandu sepanjang hari.
#Pada masa itu, waktu menunjukkan jam 11 malam. Kami pun daftar masuk ke sebuah hotel.
#Ayah ambil dua bilik untuk kami sekeluarga. Biliknya memang cantik dan kelihatan mewah habis. Saya masih ingat, bilik itu mempunyai sebuah bilik tandas dan sebuah bilik mandi. Juga mempunyai pintu diantara kedua-dua bilik.
#Hari sudah larut malam. Selepas mandi, saya buka peti sejuk. Tiada air mineral disediakan. Jadi saya minta RM2 dari ayah untuk turun ke lobi, nak beli air mineral.
#Bilik kami di tingkat lima. Jadi, saya turun ke lobi menggunakan lif.
#Ketika di dalam lif, terasa seperti ada seseorang berdiri di sebelah dan menangis teresak-esak, sungguhpun hanya saya seorang saja di dalam lif itu. Bunyinya seperti kanak-kanak menangis di dalam lif. Tetapi saya tetap buat dek sehinggalah lif tiba ke lobi.
#Selepas membeli air mineral di kafe berdekatan, saya berasa was-was sama ada kembali ke bilik menggunakan lif yang sama. Saya tak nak perkara tadi terjadi semula.
#Nak minta tolong ayah pun tak dapat. Masa itu tak ada telefon bmbit lagi. Apa yang terpaksa saya buat?
#Nak naik guna tangga kecemasan, lampu di tangga itu pun berkelip-kelip dan malap. Dengan keadaan itu, tiada sesiapa yang berani menaiki tangga itu. Jadi terpaksalah saya memberanikan diri menggunakan lif itu semula.
#Di dalam lif itu, terasa ada seseorang merapati badan saya dan seolah-olah 'orang' itu sedang menghidu badan saya.
"Lama pula nak sampai ke tingkat 5 ni,"
#Saya tiada pilihan melainkan terpaksa bertahan.
#Bila sampai ke bilik, saya menangis sepuas-puasnya. Itulah perkara yang paling menakutkan yang terjadi dalam hidup saya. Saya tak nampak 'dia' tetapi kehadiran 'dia' seperti benar-benar ada di dalam lif itu. Sehingga kini saya masih rasa seram sejuk jika teringatkan kembali kisah yang menakutkan itu.
"Saya tidak akan sesekali kembali ke hotel itu,"
#Dengar cerita, ada beberapa kanak-kanak lemas di kolam renang hotel tersebut. Barangkali roh mereka tidak tenang dan masih tercari-cari ibu mereka.
0 Response to "Kisah Benar !! ''Di Dalam Lif Itu, Terasa Ada 'Seseorang' Merapati Dan Menghidu Badan Saya''"
Post a Comment