PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Kesal ~ "Kenyataan Akim Isu Saya Masuk Islam Di Putar Belit" - Stacy



#BERHUBUNG isu agama yang sering menjadi bualan sejak kebelakangan ini, penyanyi Stacy meluahkan perasaan kesal dan terkilannya dengan kenyataan kekasihnya Akim Ahmad yang telah diputarbelitkan.

*Menurut Stacy, kenyataan Akim yang menyatakan dia bakal memeluk Islam adalah tidak sahih dan diputarbelitkan daripada perkara sebenar.


“Dia (Akim) tidak cakap begitu sebenarnya mengenai isu agama. Bab agama adalah perkara yang sensitif dan ia bukan saja membabitkan saya tapi keluarga juga.

“Saya tidak gembira dan terkilan apabila kenyataan Akim diputarbelitkan daripada kenyataan sebenar sehingga menimbulkan kekeliruan yang lebih serius,” katanya kepada Harian Metro.

*Stacy menyatakan lebih baik dia dan Akim tidak memberi sebarang komen mengenai hubungan mereka, cukup sekadar orang ramai tahu mereka sedang berkawan.

#Dia juga tidak akan mengambil tindakan ke atas pihak yang suka membuat spekulasi mengenai isu agama itu sekarang namun tidak akan teragak-agak untuk bertindak sekiranya perkara ini semakin melampau.

0 Response to "Kesal ~ "Kenyataan Akim Isu Saya Masuk Islam Di Putar Belit" - Stacy"

Post a Comment