PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Inilah Punca Antara Sebab Kenapa Rita Rudaini Diceraikan



PADA bulan Ogos tahun lalu pelakon Rita Rudaini menerusi peguamnya memfailkan tuntutan mutaah berjumlah RM300,000 terhadap bekas suami, Aidil Zafuan.

Namun menerusi perbicaraan petang semalan, Aidil mengakui tidak mampu membayar tuntutan mutaah tersebut sambil menyifatkan Rita tidak layak menerimanya atas beberapa sebab.

Menurut Aidil sepanjang perkahwinan mereka, Rita tidak pernah mengikutinya pulang ke rumah ibu bapanya.

Sepanjang tempoh perkahwinan dia tidak pernah mengikuti saya pulang ke rumah ibu bapa.

Tambah Aidil lagi, Rita turut mengenakan syarat sekiranya ibu bapa Aidil ingin berjumpa dengan anaknya, mereka perlu datang ke rumah di Damansara.

Pada permulaan, saya terpaksa ikut demi kerukunan rumah tangga tapi lama kelamaan saya rasa plaintif mula membelakangi suami dengan membuat keputusan sendiri.

Pada masa sama Aidil mendakwa Rita gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri yang baik. Kebanyakan kerja rumah dilakukan oleh pembantu rumah

Rita jarang memasak kerana urusan peribadi dan kerjaya. Sekiranya ibunya datang ke rumah kami, ibunya yang menyediakan masakan untuk kami sekeluarga.



Tambah Aidil, Rita sering mendesaknya dan  menggunakan media sebagai medium menghebahkan masalah rumah tangga.

Ini merupakan satu penghinaan sekali gus menjatuhkan maruah saya. Disebabkan sikapnya itu saya menjadi tawar hati dan hubungan kami semakin renggang sebelum bertindak keluar daripada rumah kelamin.

Nafkah kedua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna turut ditanggung Aidil. Malah menyediakan peruntukan dengan membuka akaun simpanan untuk mereka

0 Response to "Inilah Punca Antara Sebab Kenapa Rita Rudaini Diceraikan"

Post a Comment