(FOTO) Pelajar Asrama Lahirkan Bayi Pancutan Malam Merdeka
MIRI - Seorang pelajar perempuan tingkatan 3 di sebuah sekolah terpaksa melahirkan bayinya di katil asrama, mengemparkan pengurusan sekolah berkenaan, kelmarin.
T#angisan bayi dari sebuah bilik asrama membongkar rahsia pelajar terbabit yang melahirkan bayi perempuan yang masih bertali pusat.
Dalam kejadian pada jam 10.50 malam itu disedari oleh rakan pelajar terbabit selepas terdengar rakannya itu mengerang kesakitan disusuli dengan tangisan bayi di dalam biliknya.
Sebaik mendekati katil pelajar itu, dia tergamam melihat keadaan katil yang dipenuhi darah dan ada bayi di sebelah rakannya itu.
Pelajar itu ditemui dalam keadaan yang sangat lemah dan kelihatan cemas dengan kejadian itu.
Bimbang dengan keselamatan rakannya itu, rakan sebiliknya terus memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah sebelum mendapatkan bantuan ambulans.
Difahamkan malam sebelum kejadian, pelajar terbabit ada mengadu sakit perut dan menyangka remaja terbabit hanya sakit senggugut dan tiada sesiapa yang menduga pelajar itu sedang mengandung.
Laporan awal siasatan polis, remaja itu mengaku pernah terlanjur dengan teman lelakinya yang berusia 20 tahun dan mengenali lelaki itu semenjak di bangku sekolah rendah lagi.
Malangnya, remaja itu tidak mengetahui lokasi kediaman teman lelakinya itu yang dipercayai menetap di Batu Niah.
#Polis kini sedang berusaha mengesan teman lelakinya untuk tindakan lanjut
Lihat foto Di Sini
0 Response to "(FOTO) Pelajar Asrama Lahirkan Bayi Pancutan Malam Merdeka"
Post a Comment