Fathia Cetuskan Kontroversi Lakon Babak Pelacur Bogel !
#Kemunculan pelakon Fathia berbogel dalam filem terbaru berjudul Darah Panas pasti akan mencetuskan kontroversi industri perfileman tanah air.
#Keberanian Nur Fathia Abdul Latiff melakonkan watak pelacur bernama Syahana dalam filem arahan Arjin Uppal itu juga pasti akan menjadi buah mulut.
#Namun jangan cepat menjatuhkan hukum kerana babak bogel dilakonkan Fathia hanyalah ‘camera trick’ dan pelakon itu sebenarnya mengenakan pakaian berona ‘nude’.
#Pengarahnya, Arjin Uppal tidak menafikan terdapat beberapa adegan panas membabitkan Fathia dalam filem kedua arahannya, bagaimanapun ia tidaklah keterlaluan.
“Ada ketika saya terpaksa menghalau kru produksi untuk memberikan keselesaan Fathia melakonkan adegan panas yang diperlukan. Hanya tinggal saya, Fathia dan pengarah fotografi saja.
“Saya rasa adegan yang dilakukan tidaklah keterlaluan. Filem ini menceritakan seorang gadis kampung yang lari dari rumah mengejar cita-cita sebagai model, bagaimanapun terperangkap di lembah pelacuran.
“Dalam proses Fathia dijual itulah saya harus memaparkan realiti yang berlaku. Ada adegan Fathia ditarik baju dan tudung hingga menampakkan seolah-olah tiada seurat benang, namun ia hanya `camera trick’ saja. Fathia masih memakai baju.
“Fathia adalah tulang belakang cerita ini. Dan Fathia faham kenapa beberapa adegan panas yang harus dilakukan.
“Sebagai pengarah, saya tahu beberapa adegan begitu sensitif untuk penonton, jadi saya tidaklah memintanya secara keterlaluan daripada pelakon.
“Fathia, seorang pelakon yang memahami kehendak pengarah. Kami bekerja bagaikan satu keluarga,” katanya.
#Filem kelima terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu mendapat klasifikasi 18 bukan hanya membara dengan adegan panas Fathia, tetapi ditambah pula dengan karakter tiga aktor hebat, Sharnaaz Ahmad, Soffi Jikan dan Adam Corrie.
#Arjin berkata, dia tidak kisah apabila filem Darah Panas diletakkan dalam klasifikasi 18PL kerana filem bergenre aksi romantik ini sarat dengan pergolakan hidup anak kota, selain isu yang diketengahkan berlaku tanpa disedari.
“Filem ini dilihat ada sedikit unsur keganasan dan seksual, jadi lebih sesuai diletakkan dalam klasifikasi 18PL. Kami kena melakukan sedikit pemotongan sekiranya mahu klasifikasi 13PL.
“Bagaimanapun, jika pemotongan dilakukan, impaknya mungkin berkurangan, jadi saya terima saja klasifikasi 18PL,” katanya.
#Selain Fathia sebagai Syahana, Sharnaaz (Adi), Soffi Jikan (Aloi) dan Adam (Cicak), filem bergenre aksi romantik yang menelan belanja hampir RM2 juta itu turut menampilkan Datuk Jalaluddin, Aznah Hamid dan Ruminah Sidek.
#Filem Darah Panas akan menemui penonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 4 Jun ini. Malah, filem yang menjalani penggambaran sekitar Oktober 2012 itu turut ditayangkan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
0 Response to "Fathia Cetuskan Kontroversi Lakon Babak Pelacur Bogel !"
Post a Comment