PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Anda Harus Tahu 9 Nama Anak Syaitan Serta Tugasnya (WAJIB BACA !!)



***Kali ni kami nak berkongsi 9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya manalah tahu ada jugak yang belum tahu macam admin ni kan? Bila kita dah tau, boleh la kita usaha untuk tidak kalah bila digoda atau diganggu oleh mereka. Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...

1. Zalituun
#Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)

2. Wathiin
#Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
#Menghasut sultan/ raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
#Berkawan baik dengan kaki botol dan suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.

5. Murrah
#Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. #Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud
#Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.

7. Daasim
#Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.

8. Walahaan
#Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.

9. Lakhuus
#Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

0 Response to "Anda Harus Tahu 9 Nama Anak Syaitan Serta Tugasnya (WAJIB BACA !!)"

Post a Comment