#Kuala Lumpur – Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memaklumkan, kenyataan berhubung Ajinomoto (Malaysia) Berhad menggunakan sumber khinzir dalam pemprosesan produknya adalah tidak benar.
#Menurut Jakim, Ajinomoto (Malaysia) Berhad adalah pemegang sijil halal yang sah dan telah melalui proses pemeriksaan serta pemantauan mengikut prosedur ditetapkan.
#Pengguna juga boleh membuat semakan status halal di Direktori Halal Malaysia, melalui laman sesawang www.halal.gov.my.
#Dalam pada itu, Jakim menasihatkan orang ramai memastikan kesahihan sesuatu maklumat yang diterima, sebelum menyebarkannya.
#Syarikat pengeluar produk perasa makanan dari Jepun itu, Ajinomoto memohon maaf kepada umat Islam di Indonesia atas penggunaan enzim khinzir dalam produk penambah perasanya pada 2001.
#Produk Ajinomoto itu dilaporkan mengandungi monosodium glutamate (MSG) yang mempunyai enzim khinzir, menyebabkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan pemimpin agama Islam mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan penggunaannya.
#Bagaimanapun, berita itu kembali menjadi viral, selepas ia dikongsi semula pengguna media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna produk tersebut.
Home » Isu Semasa
» Ajinamoto (Malaysia) Berhad Menggunakan Sumber BABI Dalam Pemprosesan Produknya ??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Ajinamoto (Malaysia) Berhad Menggunakan Sumber BABI Dalam Pemprosesan Produknya ??"
Post a Comment