3 Foto Ngeri Maut Di Hentam Dengan Senjata Tajam
TUMPAT - Seorang lelaki Rohingya, 30'an, maut dipukul dengan senjata tajam oleh rakan senegaranya jam 6.30 petang semalam.
Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah premis di Jalan Puteri Sa'adong, Wakaf Bharu, meninggal dunit pada jam 7.45 malam ketika mendapatkan rawatan di Klinik kesihatan Wakaf Bharu.
Difahamkan, kejadian berpunca kerana perselisihan faham di antara mangsa dan rakannya.
Menurut pemilik premis, Nik Mohd Ali Nik Mustapha, 40, dia hanya mengetahui kejadian itu setelah dimaklumkan oleh rakannya yang terdengar bunyi bising di premis dua tingkat itu.
"Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat mangsa (Hakim) sudah berlumuran darah dan nazak," katanya yang turut mendedahkan mangsa menyewa di situ bersama seorang lagi rakan senegaranya yang lari selepas kejadian itu berlaku.
0 Response to "3 Foto Ngeri Maut Di Hentam Dengan Senjata Tajam "
Post a Comment